GARIS PANDUAN LULUSAN HADIR

Para lulusan yang akan HADIR pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah mematuhi peraturan berikut :


Menghantar perkara (i) dan (ii) kepada Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti Seberang Jaya sebelum 1 Jun 2019:

 i) Mengisi Borang Online (SAYA AKAN HADIR)

 ii) BAYARAN RM 150.00 melalui :


Bayaran terus (bank in) ke akaun KOPERASI KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA  BERHAD

(No. Akaun 07052010012464 – BANK ISLAM)

*Bayaran ini adalah bagi urusan sijil, folder, gambar, jubah, cenderamata dan alumni. (sila whatsApp resit pembayaran kepada Unit Peperiksaan melalui link Online).

Bayaran ini tidak akan dikembalikan atas apa jua alasan.


Menghadiri raptai pada waktu yang ditetapkan.

Para lulusan dikehendaki berada di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis pada 3 Ogos 2019 seperti tetapan berikut:

AKTIVITI SIDANG 2- 3 Ogos 2019 (Sabtu)

Pendaftaran/Pengambilan Jubah : 9.00 pagi-12.00 tengahari

Upacara Raptai Bermula              : 2.30 petang-5.00 petang


Arahan Am :

  • Lulusan hendaklah berpakaian kemas dan tidak mencolok mata. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan.
  • Lulusan lelaki adalah dilarang sama sekali berambut panjang dan berfesyen “punk” semasa menghadiri raptai majlis konvokesyen.
  • Lulusan tidak dibenarkan mengguna telefon bimbit ketika berada di dalam dewan.
  • Semua lulusan dikehendaki mengambil jubah selepas upacara raptai di tempat yang ditetapkan.
  • Lulusan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan bagi mempercepat dan melancarkan upacara raptai.

Menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Arahan Am :

  • Semua lulusan dimestikan memakai jubah konvokesyen yang disediakan oleh pihak Kolej Komuniti dan pakaian rasmi seperti yang ditetapkan.
  • Para lulusan dikehendaki berkumpul dan mengesahkan semula kehadiran pada jam 7.00 pagi.
  • Lulusan hanya dibenarkan membawa Dua (2) tetamu Sila tunjukkan Pas Majlis untuk memasuki dewan. Pas Majlis dan Pas Kenderaan akan diedarkan semasa pendaftaran raptai.
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan
  • Lulusan, ibu bapa atau tetamu TIDAK DIBENARKAN melakukan perkara-perkara berikut:
  1. Mengambil gambar pada masa majlis sedang berlangsung. (Jurugambar rasmi akan disediakan)
  2. Keluar dewan setelah majlis bermula.
  3. Membuat bising ketika majlis sedang berjalan.
  4. Menggunakan telefon bimbit ketika berada dalam dewan.
  5. Memakai pakaian yang mencolok mata.

Pakaian

Lulusan Lelaki

  1. Memakai kemeja yang berlengan panjang, bertali leher, seluar panjang hitam, dan kasut berwarna hitam ATAU Baju Melayu berwarna gelap/hitam beserta samping dan kasut berwarna hitam (Kasut sukan dan sandal tidak dibenarkan)
  2. Semua lulusan lelaki Melayu DIWAJIBKAN bersongkok hitam.
Lulusan Perempuan
  1. Memakai baju kurung ATAU kebaya labuh/kebarung dan kasut hitam bertutup. Lulusan beragama Islam dimestikan memakai tudung kepala berwarna Cream. (Kasut sandal atau separuh tertutup tidak dibenarkan)
  2. Lulusan yang bukan Islam boleh memakai pakaian labuh dan sopan serta kasut hitam bertutup.
  3. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan seperti jarang, singkat, ketat dan mendedahkan.
Ibu bapa/waris yang memasuki dewan
  1. Memakai baju kebangsaan ATAU kemeja dan kasut bertutup bagi ibubapa/waris perempuan
  2. Memakai baju kebangsaan ATAU baju batik/kemeja dan kasut bertutup bagi ibubapa/waris lelaki
  3. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan seperti jarang, singkat, ketat dan mendedahkan.

Mengembalikan semula jubah konvokesyen dan seterusnya mengambil sijil selepas tamatnya Majlis Konvokesyen antara jam 1.00 - 2.30 petang di tempat yang sama. (Mengikut arahan pegawai yang bertugas)

Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang telah ditetapkan oleh Urusetia Konvokesyen.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Unit Peperiksaan KK Seberang Jaya di talian 04-3902897.

GARIS PANDUAN TIDAK HADIR KONVOKESYEN

Para lulusan yang TIDAK HADIR pada bahawa Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah mematuhi peraturan berikut :

Menghantar perkara (i) dan (ii) kepada Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti Seberang Jaya sebelum 1 Jun 2019:

  1. Mengisi borang Online dibawah (SAYA TIDAK HADIR)
  2. BAYARAN RM 70.00 melalui 

Bayaran terus (bank in) ke akaun KOPERASI KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA  BERHAD

(No. Akaun 07052010012464 – BANK ISLAM).

 *Bayaran ini adalah bagi urusan sijil, folder dan alumni. (sila whatappas resit pembayaran kepada Unit Peperiksaan melalui link Online).

Bayaran ini tidak akan dikembalikan atas apa jua alasan.

 

Para lulusan yang ingin mengambil sendiri sijil boleh mengambilnya di Unit Peperiksaan Kolej selepas atau pada 1 Jun 2019 setelah melaksanakan perkara pada bahagian 1.0 ( i dan ii ) di atas.

 

Hubungi :

1) En.Ahmad Ikhwan bin Zakaria               010-385 0389

2. Pn. B. Chitthra A/P Balakrishnan         017- 738 5593

LOKASI KONVOKESYEN

PERLUKAN PENGINAPAN ? KLIK SINI BAGI SENARAI HOTEL DAN HOMESTAY

Make a free website with Yola